Rahim akan menyeru pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

الرحم ينادي يوم القيامة: أن من وصلني؛ وصله الله، ومن قطعني؛ قطعه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rahim akan menyeru pada hari kiamat: Siapa yang telah menyambungku, Allah akan menghubungkannya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1380, hadis nombor 7024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الرحم ينادي يوم القيامة: أن من وصلني؛ وصله الله، ومن قطعني؛ قطعه الله.
[البزار، ((الضعيفة)) (6480)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Rahim akan menyeru pada hari kiamat: Siapa yang telah menyambungku, Allah akan menghubungkannya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskannya.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6480]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.