Rahbaniyyah (meninggalkan kesibukan dunia) bagi umatku

TEKS BAHASA ARAB

رهبانية أمتي القعود في المسجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rahbaniyyah (meninggalkan kesibukan dunia) bagi umatku adalah duduk di dalam masjid.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 106, hadis nombor 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد.

Tidak wujud.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.