Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Quraisy ialah golongan manusia yang mula-mula dihadapkan

Teks Bahasa Arab

قريشٌ على مُقَدِّمَةِ الناسِ يومَ القيامةِ ، ولولا أن تَبْطَرَ قريشٌ لَأَخْبَرْتُها بما لمُحْسِنِها عندَ اللهِ من الثوابِ.

Teks Bahasa Melayu

Quraisy ialah golongan manusia yang mula-mula dihadapkan kepada Allah pada hari kiamat. Jika Quraisy tidak kufur sesungguhnya aku akan mengkhabarkan ganjaran kebaikan yang mereka akan dapat di sisi Allah.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis no. 9051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله يقول: قريش على مقدمة الناس يوم القيامة، ولولا أن تبطر قريش لأخبرتها بما لمحسنها عند الله من الثواب. [عد، ((الضعيفة)) (1361)]

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Quraisy ialah golongan manusia yang mula-mula dihadapkan kepada Allah pada hari kiamat. Jika Quraisy tidak kufur sesungguhnya aku akan mengkhabarkan ganjaran kebaikan yang mereka akan dapat di sisi Allah." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil Fi Al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1361]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.