Qul Huwallahu Ahad itu setara sepertiga Quran

TEKS BAHASA ARAB

(قل هو الله أحد) تعدل ثلث القرآن، و (قل يا أيها الكافرون) تعدل ربع القرآن؛ وكان يقرأ بهما في ركعتي الفجر، وقال: هاتان الركعتان فيهما رغب الدهر؛ يعني: سنة الفجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Qul Huwallahu Ahad itu setara sepertiga Quran. Qul Ya Ayyuha al-Kafirun pula setara seperempat Quran. Baginda membaca kedua-nya pada dua rakaat sunat fajar. Dan baginda bersabda:
Kedua rakaat ini merupakan pendorong sepanjang hari. Yakni, (dua rakaat) solat Fajar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis nombor 1662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنهما-  مرفوعاً: (((قل هو الله أحد) تعدل ثلث القرآن، و (قل يا أيها الكافرون) تعدل ربع القرآن))؛ وكان يقرأ بهما في ركعتي الفجر، وقال: ((هاتان الركعتان فيهما رغب الدهر؛ يعني: سنة الفجر)).
[ طب، ((الضعيفة)) (5051) ].

(Lemah) Dari Ibn ‘Umar RA, secara marfu’ (yakni disandarkan kepada Nabi): Qul Huwa Allahu Ahad itu setara sepertiga Quran. Qul Ya Ayyuha al-Kafirun pula setara seperempat Quran. Baginda membaca kedua-nya pada dua rakaat sunat fajar. Dan baginda bersabda: Kedua rakaat ini merupakan pendorong sepanjang hari. Yakni, (dua rakaat) solat Fajar.
[Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5051].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs