TEKS BAHASA ARAB
القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Qintar itu adalah 12 ribu Uqiyah, setiap Uqiyah lebih baik daripada apa yang ada di antara langit dan bumi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 883, hadis nombor 4535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: (القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض). [ه، حب، حم، عبد الغني المقدسي في ((سننه))، ((الضعيفة)) (4076)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Qintar itu adalah 12 ribu Uqiyah, setiap Uqiyah lebih baik dari apa yang ada di antara langit dan bumi.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Sahih Ibn Hibban, Musnad Ahmad bin Hanbal, Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4076]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.