TEKS BAHASA ARAB
قيام الليل فريضة على حامل القرآن وإن ركعتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Qiamullail adalah fardu bagi penghafal al-Quran, walaupun dua rakaat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis nombor 1748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((قِيَامُ اللَّيْلِ فَرِيضَةٌ عَلَى حَامِلِ القُرْآنِ وإن ركعتين)). [أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (5799)].
(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Qiamullail adalah fardu bagi penghafal al-Quran, walaupun dua rakaat.” [Riwayat Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5799].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.