Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Qiamullail adalah fardu bagi penghafal al-Quran, walaupun dua rakaat

Teks Bahasa Arab

قِيَامُ اللَّيْلِ فَرِيضَةٌ عَلَى حَامِلِ القُرْآنِ وَإِنْ رَكْعَتَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Qiamullail adalah fardu bagi penghafal al-Quran, walaupun dua rakaat.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333, hadis no. 1748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((قِيَامُ اللَّيْلِ فَرِيضَةٌ عَلَى حَامِلِ القُرْآنِ وإن ركعتين)). [أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (5799)].

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Qiamullail adalah fardu bagi penghafal al-Quran, walaupun dua rakaat.” [Riwayat Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5799].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.