Qazwin adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

بينا رسول الله ﷺ ذات يوم قاعد معنا إذ رفع بصره إلى السماء كأنه يتوقع أمرا فقال: رحم الله إخواني بقزوين يقولها ثلاثا ثم بكى فانصبت دموعه على خده فجعلت تقطر من أطراف لحيته فقال أصحاب رسول الله ﷺ: بأبينا وأمهاتنا ما قزوين هذه؟ ومن إخوانك الذي بها؟ فإنك ذكرتهم حتى بكيت. قال: قزوين باب من أبواب الجنة وهي قرية يقال لها: الديلم وهي اليوم في يد المشركين وسيفتحها الله في آخر الزمان على أمتي فمن أدرك ذلك الزمان فليأخذ بنصيبه من فضل الرباط بقزوين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW duduk bersama kami pada suatu hari, tiba-tiba Baginda SAW mendongakkan ke langit seolah-olah Baginda menjangkakan sesuatu, lantas Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin. Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali kemudian menangis. Air mata Baginda berlinangan di atas pipinya sehingga ia mengalir ke hujung janggut Baginda. Para sahabat bertanya: Demi para ayah dan ibu kami! Apakah Qazwin yang dimaksudkan? Dan siapakah saudaramu yang berada di sana? Sesungguhnya kamu telah mengingati mereka sehingga kamu menangis. Baginda SAW bersabda: Qazwin adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Ianya sebuah kampung yang dipanggil sebagai al-Dailam, yang mana hari ini ia berada di tangan orang-orang musyrik. Dan Allah akan membukakannya pada akhir zaman di tangan orang-orang Islam. Barang siapa yang sempat hidup pada zaman itu maka hendaklah dia mengambil bahagiannya dalam merebut kelebihan berkawal di sempadan Qazwin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis nombor 5229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: بينا رسول الله ﷺ ذات يوم قاعد معنا إذ رفع بصره إلى السماء كأنه يتوقع أمرا فقال: رحم الله إخواني بقزوين يقولها ثلاثا ثم بكى فانصبت دموعه على خده فجعلت تقطر من أطراف لحيته فقال أصحاب رسول الله ﷺ: بأبينا وأمهاتنا ما قزوين هذه؟ ومن إخوانك الذي بها؟ فإنك ذكرتهم حتى بكيت. قال: قزوين باب من أبواب الجنة، وهي قرية يقال لها: الديلم وهي اليوم في يد المشركين وسيفتحها الله في آخر الزمان على أمتي فمن أدرك ذلك الزمان فليأخذ بنصيبه من فضل الرباط بقزوين. [الطبراني في مسند الشاميين, الضعيفة (5550)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW duduk bersama kami pada suatu hari, tiba-tiba Baginda SAW mendongakkan ke langit seolah-olah Baginda menjangkakan sesuatu, lantas Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin. Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali kemudian menangis. Air mata Baginda berlinangan di atas pipinya sehingga ia mengalir ke hujung janggut Baginda. Para sahabat bertanya: Demi para ayah dan ibu kami! Apakah Qazwin yang dimaksudkan? Dan siapakah saudaramu yang berada di sana? Sesungguhnya kamu telah mengingati mereka sehingga kamu menangis. Baginda SAW bersabda: Qazwin adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Ianya sebuah kampung yang dipanggil sebagai al-Dailam, yang mana hari ini ia berada di tangan orang-orang musyrik. Dan Allah akan membukakannya pada akhir zaman di tangan orang-orang Islam. Barang siapa yang sempat hidup pada zaman itu maka hendaklah dia mengambil bahagiannya dalam merebut kelebihan berkawal di sempadan Qazwin. [Riwayat Al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5550].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.