Qais bin Mutotiyyah datang ke satu perkumpulan

TEKS BAHASA ARAB

جاء قيس بن مطاطية إلى حلقة فيها سلمان الفارسي وصهيب الرومي وبلال الحبشي فقال: هذا الاوس والخزرج قد قاموا بنصرة هذا الرجل فما بال هذا؟ فقام إليه معاذ بن جبل بتلبيبه، ثم أتى به النبي ﷺ فأخبره بمقالته، فقام النبي ﷺ قائما يجر رداءه حتى دخل المسجد ثم نودي: أن الصلاة جامعة، وقال: «يا أيها الناس إن الرب واحد، والأب واحد، وليست العربية بأحدكم من أب ولا أم، وإنها هي اللسان، فمن تكلم بالعربية فهو عربي». فقام معاذ بن جبل وهو آخذ بتلبيبِه، قال: فما تأمرنا بهذا المنافق يا رسول الله؟ قال: «دعه إلى النار». فكان قيس ممن ارتد في الردة، فقتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Qais bin Mutotiyyah datang ke satu perkumpulan di mana Salman al-Farisi, Suhaib al-Rumi dan Bilal al-Habsyi berada di dalamnya. Mereka berkata: “Puak-puak Aus dan Khazraj telah bangun membantu lelaki ini (Nabi), apa perlu lagi pemuda ini (pemuda Parsi, Rom dan Habsyah)?” Lalu Muaz mencekik baju pemuda itu untuk dibawa ke pangkuan Nabi SAW dan mengadukan kes itu kepada baginda. Lalu Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan menyeret selendangnya sehingga baginda masuk ke masjid. Sesampai baginda di masjid, dilaungkan: "Tunaikanlah solat berjemaah." Lalu baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan itu satu (Esa), dan ayah manusia itu satu sahaja. Kamu tidak menjadi Arab kerana ayah dan ibu tetapi kerana tutur lisanmu. Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Arab, maka dialah orang Arab.” Lantas Muaz bangun mencekik baju pemuda tadi lalu bertanya: "Apa yang kamu ingin arahkan kepada kami ke atas pemuda ini?” Baginda SAW menjawab: “Biarkan dia ke neraka.” Dan sememangnya Qais antara yang murtad dalam peperangan al-Riddah. Maka dia dibunuh.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1785, hadis nombor 8985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سلمة بن عبد الرحمن قال: جاء قيس بن مطاطية إلى حلقة فيها سلمان الفارسي وصهيب الرومي وبلال الحبشي، فقال: هذا الاوس والخزرج قد قاموا بنصرة هذا الرجل فما بال هذا؟ فقام إليه معاذ بن جبل بتلبيبه، ثم أتى به النبي ﷺ فأخبره بمقالته، فقام النبي ﷺ قائما يجر رداءه حتى دخل المسجد ثم نودي: أن الصلاة جامعة، وقال: «يا أيها الناس إن الرب واحد، والأب واحد، وليست العربية بأحدكم من أب ولا أم، وإنها هي اللسان، فمن تكلم بالعربية فهو عربي». فقام معاذ بن جبل وهو آخذ بتلبيبِه، قال: فما تأمرنا بهذا المنافق يا رسول الله؟ قال: «دعه إلى النار». فكان قيس ممن ارتد في الردة، فقتل. [ابن عساكر، «الضعيفة، (926)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Salamah bin Abd al-Rahman berkata: Qais bin Mutotiyyah datang ke satu perkumpulan di mana Salman al-Farisi, Suhaib al-Rumi dan Bilal al-Habsyi berada di dalamnya. Mereka berkata: “Puak-puak Aus dan Khazraj telah bangun membantu lelaki ini (Nabi), apa perlu lagi pemuda ini (pemuda Parsi, Rom dan Habsyah)?” Lalu Muaz mencekik baju pemuda itu untuk dibawa ke pangkuan Nabi SAW dan mengadukan kes itu kepada baginda. Lalu Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan menyeret selendangnya sehingga baginda masuk ke masjid. Sesampai baginda di masjid, dilaungkan: "Tunaikanlah solat berjemaah." Lalu baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan itu satu (Esa), dan ayah manusia itu satu sahaja. Kamu tidak menjadi Arab kerana ayah dan ibu tetapi kerana tutur lisanmu. Sesiapa yang bertutur dalam bahasa Arab, maka dialah orang Arab.” Lantas Muaz bangun mencekik baju pemuda tadi lalu bertanya: "Apa yang kamu ingin arahkan kepada kami ke atas pemuda ini?” Baginda SAW menjawab: “Biarkan dia ke neraka.” Dan sememangnya Qais antara yang murtad dalam peperangan al-Riddah. Maka dia dibunuh. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 926]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs