Qadi yang memutuskan dengan kejahilan termasuk dalam kalangan ahli neraka

TEKS BAHASA ARAB

من كان قاضيا فقضى بالجهل؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا فقضى بالجور؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا عالما يقضي بحق أو بعدل، سأل التفلت كفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi qadi (hakim) lalu dia memutuskan dengan kejahilan, maka dia termasuk dalam kalangan ahli neraka. Sesiapa yang menjadi qadi (hakim) lalu dia memutuskan dengan zalim, maka dia termasuk dalam kalangan ahli neraka dan sesiapa yang menjadi qadi (hakim) yang alim lalu dia memutuskan dengan kebenaran atau keadilan, dia telah meminta untuk berlepas diri dengan sebenar-benarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1299, hadis nombor 6644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن وهب -وقال بعضهم: موهب-: أن عثمان بن عفان قال لابن عمر: اذهب فكن قاضيا. قال: أو تعفيني يا أمير المؤمنين، قال: عزمت عليك إلا ذهبت فقضيت. قال: لا تعجل، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من عاذ بالله، فقد عاذ بمعاذ. قال: نعم، قال: فإني أعوذ بالله أن أكون قاضياً. قال: وما يمنعك وقد كان أبوك يقضي؟ قال: لأني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من كان قاضيا فقضى بالجهل؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا فقضى بالجور؛ كان من أهل النار. ومن كان قاضيا عالما يقضي بحق أو بعدل، سأل التفلت كفافا.
[ت، ع، حب، ابن أبي حاتم في ((العلل))، طب، طس، الضياء، ((الضعيفة)) (6864)].

(Lemah)
Daripada Abdillah bin Wahab – sebahagian mereka berkata: Mawhib – Bahawa ‘Uthman bin ‘Affan berkata kepada Ibn ‘Umar: Pergilah dan jadilah qadi (hakim). Ibn ‘Umar berkata: Atau kamu maafkanku, wahai amir al-mukminin. ‘Uthman berkata: Aku telah memutuskan ke atas kamu, melainkan kamu pergi kemudian membuat penghakiman. Ibn ‘Umar berkata: Janganlah kamu tergesa-gesa. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berlindung kepada Allah, maka dia telah berlindung dengan perlindungan yang benar. ‘Uthman berkata: Ya. Ibn ‘Umar berkata: Maka aku berlindung dengan Allah daripada aku menjadi qadi. ‘Uthman berkata: Apakah yang menghalang kamu sedangkan ayahmu dahulu juga selalu menghakimi? Ibn ‘Umar berkata: Aku benar-benar telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi qadi (hakim) lalu dia memutuskan dengan kejahilan, maka dia termasuk dalam kalangan ahli neraka. Sesiapa yang menjadi qadi (hakim) lalu dia memutuskan dengan zalim, maka dia termasuk dalam kalangan ahli neraka dan sesiapa yang menjadi qadi (hakim) yang alim lalu dia memutuskan dengan kebenaran atau keadilan, dia telah meminta untuk berlepas diri dengan sebenar-benarnya.
[Riwayat al-Tirmizi, Abu Ya'la, Ibn Hibban, Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Diya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6864].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.