TEKS BAHASA ARAB
لعنت القدرية على لسان سبعين نبيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Qadariyah telah dilaknat atas lidah 70 orang Nabi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 66, hadis nombor 370. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta, hadith tersebut secara lengkapnya dalam sumber yang mengeluarkannya adalah: Nabi terakhir ialah Muhammad. Boleh jadi si pereka ini mencontohi pereka hadith: Kacang dal telah disucikan atas lidah 70 orang Nabi, yang terakhirnya adalah ‘Isa bin Maryam. Sesungguhnya para pendusta mengambil riwayat sesama mereka.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.