Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Qadariyah telah dilaknat

Teks Bahasa Arab

لُعِنَتْ القَدَرِيَّةُ عَلَى لِسَانِ سَبْعِيْنَ نَبِيًّا.

Teks Bahasa Melayu

Qadariyah telah dilaknat atas lidah 70 orang Nabi.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 66, hadis no. 370. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta, hadith tersebut secara lengkapnya dalam sumber yang mengeluarkannya adalah: Nabi terakhir ialah Muhammad. Boleh jadi si pereka ini mencontohi pereka hadith: Kacang dal telah disucikan atas lidah 70 orang Nabi, yang terakhirnya adalah 'Isa bin Maryam. Sesungguhnya para pendusta mengambil riwayat sesama mereka.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.