TEKS BAHASA ARAB
القدر نظام التوحيد، فمن وحد الله وآمن بالقدر؛ فقد استمسك بالعروة الوثقى، لا انفصام لها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Qadar ialah asas tauhid. Sesiapa yang mengesakan Allah dan beriman dengan qadar, sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali (agama) yang teguh dan tidak akan putus.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((القدر نظام التوحيد، فمن وحد الله وآمن بالقدر؛ فقد استمسك بالعروة الوثقى، لا انفصام لها)). [طس، ((الضعيفة)) (4072، 7150)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Qadar ialah asas tauhid. Sesiapa yang mengesakan Allah dan beriman dengan qadar, sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali (agama) yang teguh dan tidak akan putus.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4072, 7150]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.