Puncak akal setelah keimanan dengan Allah SWT ialah perasaan malu dan akhlak yang baik

TEKS BAHASA ARAB

رأس العقل بعد الإيمان بالله تعالى: الحياء وحسن الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puncak akal setelah keimanan dengan Allah SWT ialah perasaan malu dan akhlak yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis nombor 291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((رأس العقل بعد الإيمان بالله تعالى: الحياء وحسن الخلق)). [فر، ((الضعيفة)) (3632)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Puncak akal setelah keimanan dengan Allah SWT ialah perasaan malu dan akhlak yang baik.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3632].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs