TEKS BAHASA ARAB
رأس العقل بعد الإيمان بالله: التودد إلى الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Puncak akal setelah beriman dengan Allah SWT adalah menyayangi manusia.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis nombor 290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((رأس العقل بعد الإيمان بالله: التودد إلى الناس)). [عد، البزار، علي بن الحسن العبدي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3631)].
(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Puncak akal setelah beriman dengan Allah SWT adalah menyayangi manusia.))
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Bazzār, ‘Alī ibn al-Ḥasan al-‘Abdī dalam hadis beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3631].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.