Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأسُ العقلِ بعدَ الإيمانِ باللهِ: التودُّدُ إلى الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Puncak akal setelah beriman dengan Allah SWT adalah menyayangi manusia.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis no. 290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((رأس العقل بعد الإيمان بالله: التودد إلى الناس)). [عد، البزار، علي بن الحسن العبدي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3631)].
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Puncak akal setelah beriman dengan Allah SWT adalah menyayangi manusia.)) [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Bazzār, ‘Alī ibn al-Ḥasan al-‘Abdī dalam hadis beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3631].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman