Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَصْلُ كلِّ دَاءٍ البَرَدَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Punca setiap penyakit adalah pencernaan yang tidak baik.
Sahabat Perawi
- Abu Darda RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis no. 5932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أصل كل داء البردة.)). [عق، ((الضعيفة)) (2388)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Darda RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Punca setiap penyakit adalah pencernaan yang tidak baik. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2388]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman