Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سعةٌ في الرزقِ، وردعُ سنةِ الشيطانِ؛ الوضوءُ قبلَ الطعامِ وبعدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
(Punca) keluasan dalam rezeki dan (merupakan perbuatan) menolak sunnah syaitan, iaitu dengan berwuduk sebelum dan selepas makan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا : ((سعة في الرزق، وردع سنة الشيطان؛ الوضوء قبل الطعام وبعده)). [فر، ((الضعيفة)) (3700)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (((Punca) keluasan dalam rezeki dan (merupakan perbuatan) menolak sunnah syaitan, iaitu dengan berwuduk sebelum dan selepas makan.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3700].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman