Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ارْجِعُوا بِهِ فَاغسِلُوهُ وَكَفِّنُوهُ، وَصَلُّوا عَلَيْهِ وَادْفِنُوهُ، وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَقَدْ كَادَتْ الْمَلَائِكَةُ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Pulanglah kalian bersamanya, kemudian mandikanlah dia, kafankanlah dia, dan sembahyangkanlah dia serta kebumikanlah dia. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya! Para malaikat hampir menghalang antara aku dengan dia.
Sahabat Perawi
- Abu Shumaylah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis no. 1754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أَبِي شُمَيلَةَ - رضي الله عنه -، قال: أَتى النَّبِيَّ ﷺ إلَى قُبَاءَ؛ فَاسْتَقْبَلَهُ رَهْطٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَحْمِلُونَ جِنَازَةً عَلَى بَابٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: «مَا هَذَا؟»، قَالُوا: مَمْلُوكٌ لِآلِ فُلَانٍ كَانَ مِنْ أَمْرِهِ، قَالَ: «أَكَانَ يَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ؟»، قَالُوا: نَعَمْ، وَلَكِنَّهُ كَانَ وَكَانَ، فَقَالَ: «أَمَا كَانَ يُصَلِّي؟» فَقَالُوا: قَدْ كَانَ يُصَلِّي وَيَدَعُ! فَقَالَ لَهُمْ: «ارْجِعُوا بِهِ فَاغسِلُوهُ وَكَفِّنُوهُ، وَصَلُّوا عَلَيْهِ وَادْفِنُوهُ، وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَقَدْ كَادَتْ الْمَلَائِكَةُ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَهُ». [علقه ابن قدامة المقدسي في ((المغني))، ((الضعيفة)) (6036)].
(Munkar) Daripada Abu Shumaylah RA, beliau berkata: Nabi ﷺ datang ke Quba’ lalu disambut beberapa orang daripada kalangan al-Ansar yang sedang memikul jenazah di pintu. Maka Nabi ﷺ bertanya: “Apakah ini?” Mereka berkata: “Seorang hamba kepunyaan keluarga si polan, ia merupakan arahannya.” Baginda bersabda: “Adakah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?” Mereka menjawab: “Ya. Tetapi dia dahulu begitu dan begini". Baginda bertanya: “Adakah dia melakukan solat?” Lalu mereka menjawab: “Dia ada solat dan dia ada tinggal”. Baginda pun bersabda kepada mereka: “Pulanglah kalian bersamanya, kemudian mandikanlah dia, kafankanlah dia, dan sembahyangkanlah dia serta kebumikanlah dia. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya! Para malaikat hampir menghalang antara aku dengan dia.” [Riwayat Ibn Qudamah al-Maqdisi secara ta'liq dalam al-Mughni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6036].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman