Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pujilah Allah SWT secara tersembunyi daripada saudara yang ditimpa musibah

Teks Bahasa Arab

إذا رأى أحدُكم بأَخِيهِ بَلَاءً، فلْيَحْمَدِ اللهَ عز وجل ولا يُسْمِعْهُ ذلك.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu melihat ujian (musibah) pada saudaranya, maka pujilah Allah 'azza wa jalla tetapi jangan sampai dia mendengar pujian itu.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis no. 7297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما مرفوعا: إذا رأى أحدكم بأخيه بلاء؛ فليحمد الله عز وجل ولا يسمعه ذلك. [البختري في ((الأمالي))، البزار بن مخلد، ابن النجار، ((الضعيفة)) (2525)]

(Lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu melihat ujian (musibah) pada saudaranya, maka pujilah Allah 'azza wa jalla tetapi jangan sampai dia mendengar pujian itu. [Riwayat al-Bakhtari dalam al-Amali, al-Bazzar bin Makhlad dan Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2525]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.