TEKS BAHASA ARAB
الحمد على النعمة أمان لزوالها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pujian terhadap nikmat yang diperolehi adalah cara menyelamatkan (diri) daripada kehilangannya (yakni nikmat tersebut).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((الحمد على النعمة أمان لزوالها)). [فر، ((الضعيفة)) (3529)]
(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pujian terhadap nikmat yang diperolehi adalah cara menyelamatkan (diri) daripada kehilangannya (yakni nikmat tersebut).
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3529]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.