Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Puasalah pada hari putih, hari pertamanya bersamaan dengan 3000 tahun

Teks Bahasa Arab

حديث: صم البيض، أول يوم: يعدل يعدل ثلاثة آلاف سنة، واليوم الثاني: يعدل عشرة آلاف سنة، واليوم الثالث: يعدل عشرين ألف سنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Puasalah pada hari putih, hari pertamanya bersamaan dengan 3000 tahun, hari keduanya bersamaan 10000 tahun, hari ketiganya bersamaan 20000 tahun.

Sahabat Perawi

  1. ِAl-Husain

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 95, hadis no. 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن شاهين عن محمد بن علي بن الحسين عن أبيه عن جده مرفوعا، وهو موضوع. وفي إسناده: كذاب ووضاع. وقد رواه ابن صصرى في أماليه عن أنس بإسناد لا يعرف: ذكر في اليوم الأول: عشرة آلاف، وفي اليوم الثاني: مائة ألف، واليوم الثالث: ثلاثمائة ألف.

Ibn Syahin meriwayatkan daripada Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada datuknya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu, pada sanadnya terdapat perawi pendusta dan pereka hadith. Ibn Sasara telah meriwayatkan di dalam kitab Amalinya daripada Anas bin Malik dengan sanad padanya perawi yang tidak dikenali dengan lafaz: Hari pertamanya bersamaan dengan 10000 tahun, hari keduanya bersamaan 100000 tahun, hari ketiganya bersamaan 300000 tahun.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.