Puasa seseorang itu tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilunaskan

TEKS BAHASA ARAB

لا يزال صيام العبد معلقاً بين السماء والأرض حتى تؤدّى زكاة الفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa seseorang itu tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilunaskan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1165, hadis nombor 5889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا يزال صيام العبد معلقاً بين السماء والأرض حتى تؤدّى زكاة الفطر. [النعالي في حديثه، خط، ابن الجوزي في العلل، نصر المقدسي في جزء من الأمالي، الضياء المقدسي في مجموع له، ابن عساكر، الضعيفة (6827)]

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Puasa seseorang itu tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilunaskan. [Riwayat al-Nua’li dalam Hadisihi, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Jawzi dalam al-‘Ilal, Nasr al-Maqdisi dalam Juzu min al-Amali, dan al-Dhiya’ dalam Majmu’lahu, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6827]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs