Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَزَالُ صيامَ العبدِ معلقاً بَيْنَ السماءِ والأرضِ حتى تُؤَدِّى زَكَاةَ الفِطْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Puasa seseorang itu tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilunaskan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1165, hadis no. 5889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا يزال صيام العبد معلقاً بين السماء والأرض حتى تؤدّى زكاة الفطر. [النعالي في حديثه، خط، ابن الجوزي في العلل، نصر المقدسي في جزء من الأمالي، الضياء المقدسي في مجموع له، ابن عساكر، الضعيفة (6827)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Puasa seseorang itu tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilunaskan. [Riwayat al-Nua’li dalam Hadisihi, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Jawzi dalam al-‘Ilal, Nasr al-Maqdisi dalam Juzu min al-Amali, dan al-Dhiya’ dalam Majmu’lahu, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6827]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman