TEKS BAHASA ARAB
لا يزال صيام العبد معلقا بين السماء والأرض حتى تؤدى زكاة الفطر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Puasa seseorang akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dia membayar zakat fitrah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909, hadis nombor 4648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يزال صيام العبد معلقا بين السماء والأرض حتى تؤدى زكاة الفطر. [النعالي في حديثه, خط, ابن الجوزي في العلل, نصر المقدسي في جزء من الأمالي, الضياء المقدسي في المجموع, ابن عساكر, الضعيفة (6827)]
(Munkar) Daripada Anas RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:Puasa seseorang akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dia membayar zakat fitrah. [Al-Na’ali di dalam Hadith, Al-Khatib Al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, Ibn Al-Jauzi didalam AL-‘Ilal, Nasr Al-Maqdisi di dalam Juzuk Min Al-Amali, Al-Dhiya’ Al-Maqdisi di dalam Al-Majmu’, Ibn 'Asakir, Al-Dhaifah no. 6827].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.