Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Puasa seseorang akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dia membayar zakat fitrah

Teks Bahasa Arab

لا يزالُ صيامُ العبدِ معلَّقًا بينَ السماءِ والأرضِ حتى تُؤَدَّى زكاةُ الفطرِ

Teks Bahasa Melayu

Puasa seseorang akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dia membayar zakat fitrah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909, hadis no. 4648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يزال صيام العبد معلقا بين السماء والأرض حتى تؤدى زكاة الفطر. [النعالي في حديثه, خط, ابن الجوزي في العلل, نصر المقدسي في جزء من الأمالي, الضياء المقدسي في المجموع, ابن عساكر, الضعيفة (6827)]

(Munkar) Daripada Anas RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:Puasa seseorang akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dia membayar zakat fitrah. [Al-Na’ali di dalam Hadith, Al-Khatib Al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, Ibn Al-Jauzi didalam AL-‘Ilal, Nasr Al-Maqdisi di dalam Juzuk Min Al-Amali, Al-Dhiya’ Al-Maqdisi di dalam Al-Majmu’, Ibn 'Asakir, Al-Dhaifah no. 6827].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.