Puasa pada hari Arafah (pahalanya) menyamai puasa seribu hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌‌كان يعدل صومه بصوم ألف يوم يعني: يوم عرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa pada hari Arafah (pahalanya) menyamai puasa seribu hari.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis nombor 5814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(منكر)عن مسروق أنه دخل على عائشة يوم عرفة فقال: اسقوني. فقالتْ عائشة: يا غلام اسقه عسلاً. ثم قالت: وما أنت يا مسروق بصائم؟ قال: لا إني أخاف أن يكون يوم الأضحى. فقالت عائشة: ليس ذاك إنما يوم عرفة يوم يعرف الإمام ويوم النحر يوم ينحرالإمام أو ما سمعت يا مسروق أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: كان يعدل صومه بصوم ألف يوم، يعني: يوم عرفة. [عق، طس، الضعيفة (5191)]

(Munkar) Daripada Masruq, bahawa dia telah datang bertemu Aisyah pada hari Arafah. Dia telah berkata: Berilah aku minum," lalu ‘Aisyah telah berkata: Wahai budak! Berikannya madu, kemudian Aisyah telah berkata: Ada apa dengan kamu, wahai Masruq! Puasa? Lalu budak itu berkata: Tidak, sesungguhnya aku takut hari ini adalah hari raya Aidiladha. Maka Aisyah berkata: Tidak, sesungguhnya hari ini adalah hari Arafah yang mana pada hari ini Imam telah diperkenalkan (iaitu Ali RA telah diperkenalkan sebagai imam), dan sesungguhnya hari ini juga adalah hari penyembelihan dan hari sembelihan dilakukan oleh Imam. Apakah engkau tidak mendengar wahai Masruq, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Puasa pada hari Arafah (pahalanya) menyamai puasa seribu hari. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5191]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.