Puasa orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ketika dalam keadaan safar

TEKS BAHASA ARAB

صائم رمضان في السفر كالمفطر في الحضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ketika dalam keadaan safar (musafir) itu ibarat berbuka puasa di tempat tinggalnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه، مرفوعا: «صائم رمضان في السفر كالمفطر في الحضر». [ه، الشاشي في ((المسند))، الضياء، ((الضعيفة)) (498)]

(Munkar) Daripada ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): “Puasa orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan ketika dalam keadaan safar (musafir) itu ibarat berbuka puasa di tempat tinggalnya.”
[Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Syashi dalam al-Musnad dan al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 498].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs