Puasa Nuh adalah sepanjang tahun kecuali hari hari raya puasa dan hari raya Aidil Adha

TEKS BAHASA ARAB

صام نوح عليه الصلاة والسلام الدهر إلا يوم الفطر ويوم الأضحى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa Nuh ‘alaihi al-solatu wassalam adalah sepanjang tahun kecuali hari hari raya puasa dan hari raya Aidil Adha.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «صام نوح عليه الصلاة والسلام الدهر إلا يوم الفطر ويوم الأضحى». [ه، ((الضعيفة)) (459)]

(Dha’if) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA telah berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa Nuh ‘alaihi al-solatu wassalam adalah sepanjang tahun kecuali hari hari raya puasa dan hari raya ‘idul Adha.”
[Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 459].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.