Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Puasa menghilangkan kejahatan

Teks Bahasa Arab

عليكم بالصوم فإنه مَحْسَمَةٌ للعرق مُذهَبٌ للأَشَر.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kalian berpuasa, sesungguhnya puasa dapat menyekat urat pembuluh darah kamu dan menghilangkan kejahatan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis no. 5771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شداد بن عبد الله أن نفرا من أسلم أتوا النبي صلى الله عليه وسلم ليستأذنوه في الاختصاء فقال:عليكم بالصوم فإنه محسمة للعرق مذهب للأشر. [المروزي في زوائد الزهد، الضعيفة (4111)]

(Lemah) Daripada Syadad bin Abdullah: Bahawa sesungguhnya ada satu kaum daripada kabilah Aslam telah datang bertemu Nabi SAW untuk memohon izin baginda memandulkan diri, lalu Nabi SAW bersabda: Hendaklah kalian berpuasa, sesungguhnya puasa dapat menyekat urat pembuluh darah kamu dan menghilangkan kejahatan. [Riwayat al-Mawarzi dalam al-Zawaid al-Zuhud. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4111]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.