Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصيامُ نِصْفُ الصَبْرِوعلى كُلِّ شيءٍ زكاةُ وزكاةُ الجَسَدِ الصيامُ.
Teks Bahasa Melayu
Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar. Setiap perkara itu ada zakatnya, dan zakat bagi tubuh badan adalah dengan berpuasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis no. 5763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: الصيام نصف الصبر وعلى كل شيء زكاة وزكاة الجسد الصيام. [هـ، هب، القضاعي، الضعيفة (3811)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar. Setiap perkara itu ada zakatnya, dan zakat bagi tubuh badan adalah dengan berpuasa. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3811]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman