Puasa itu adalah perisai selagimana dia tidak merosakkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الصوم جنة ما لم يخرقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa itu adalah perisai selagimana dia tidak merosakkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis nombor 5864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عبيدة الجراح رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الصوم جنة ما لم يخرقها. [تخ، ن، الدارمي، ابن خزيمة، ك، هق، هب، ش، حم، ع، الطيالسي، الضعيفة (6438)].

(Lemah) Daripada Abu Ubaidah al-Jarrah RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Puasa itu adalah perisai selagimana dia tidak merosakkannya. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Sunan al-Nasa’ī, al-Darimi, Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Abi Ya’la dan al-Thayalisi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6438]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.