Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّوْمُ جُنَّةٌ مَا لَمْ يَخْرِقْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Puasa itu adalah perisai selagimana dia tidak merosakkannya.
Sahabat Perawi
- Abu Ubaidah al-Jarrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis no. 5864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي عبيدة الجراح رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الصوم جنة ما لم يخرقها. [تخ، ن، الدارمي، ابن خزيمة، ك، هق، هب، ش، حم، ع، الطيالسي، الضعيفة (6438)].
(Lemah) Daripada Abu Ubaidah al-Jarrah RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Puasa itu adalah perisai selagimana dia tidak merosakkannya. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Sunan al-Nasa’ī, al-Darimi, Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Abi Ya’la dan al-Thayalisi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6438]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman