TEKS BAHASA ARAB
الصيام جنة ما لم يخرقه بكذبة أو بغيبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Puasa itu adalah perisai, selagi mana seseorang itu tidak membatalkan puasanya dengan berdusta ataupun mengumpat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((الصيام جنة ما لم يخرقه بكذبة أو بغيبة)).
[أبو الشيخ في ((أحاديثه))، الأصبهاني في ((الترغيب))، ((الضعيفة)) (1440، 2642)]
(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah berkata: "Puasa itu adalah perisai, selagi mana seseorang itu tidak membatalkan puasanya dengan berdusta ataupun mengumpat."
[Riwayat Abu al-Syaikh dalam Hadis-hadisnya dan Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1440, 2642]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.