Potonglah kuku-kuku kamu, tanamlah potongan kuku kamu

TEKS BAHASA ARAB

قصوا أظافركم، وادفنوا قلاماتكم، ونقوا براجمكم، ونظفوا لثاثكم من الطعام، واستاكوا، ولا تدخلوا علي قحرا، بخرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Potonglah kuku-kuku kamu, tanamlah potongan kuku kamu, bersihkanlah ruas jari jemari kamu, sucikanlah sela-sela gusi kamu daripada makanan, bersiwaklah dan janganlah kamu masuk menemuiku dalam keadaan berbau busuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1194, hadis nombor 6058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن بسر رضي الله عنه رفعه: قصوا أظافركم، وادفنوا قلاماتكم، ونقوا براجمكم، ونظفوا لثاثكم من الطعام، واستاكوا، ولا تدخلوا علي قحرا، بخرا.
[الحكيم، ((الضعيفة)) (1472)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Busr RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Potonglah kuku-kuku kamu, tanamlah potongan kuku kamu, bersihkanlah ruas jari jemari kamu, sucikanlah sela-sela gusi kamu daripada makanan, bersiwaklah dan janganlah kamu masuk menemuiku dalam keadaan berbau busuk.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1472]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs