Potonglah kuku, cabutlah bulu ketiak dan cukurlah bulu kemaluan pada hari Khamis

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! قص الظفر ونتف الإبط وحلق العانة يوم الخميس، والغسل والطيب واللباس يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali! Potonglah kuku, cabutlah bulu ketiak dan cukurlah bulu kemaluan pada hari Khamis, serta mandi, memakai wangian dan pakaian pada hari Jumaat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis nombor 6116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
يا علي! قص الظفر ونتف الإبط وحلق العانة يوم الخميس، والغسل والطيب واللباس يوم الجمعة.
[التميمي في ((جزء فيه أحاديث مسلسلات))، ابن أبي الفتح الجويني في ((المسلسلات))، فر، الجزري في ((الأحاديث المسلسلة))، الكازروني في ((مسلسلاته))، ((الضعيفة)) (3239)]

(Munkar)
Wahai ‘Ali! Potonglah kuku, cabutlah bulu ketiak dan cukurlah bulu kemaluan pada hari Khamis, serta mandi, memakai wangian dan pakaian pada hari Jumaat.
[Riwayat al-Tamimi dalam Juz fihi ‘Ahadith Musalsalat, Ibn Abi al-Fath al-Juwaini dalam al-Musalsalat, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Jazari dalam al-Ahadith al-Musalsalah dan al-Kazuruni dalam Musalsalat beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3239]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs