Polis-polis dan orang yang membantu kezaliman adalah anjing-anjing neraka

TEKS BAHASA ARAB

الجلاوزة، والشرط، وأعوان الظلمة كلاب النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Polis-polis dan orang yang membantu kezaliman adalah anjing-anjing neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis nombor 3427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((الجَلاوِزَةُ، والشُّرَطُ، وأعوانُ الظَّلَمَةِ كِلابُ النار)). [حل، ((الضعيفة))(3472)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru secara marfu’: “Polis-polis dan orang yang membantu kezaliman adalah anjing-anjing neraka.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3472]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs