Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجلاوزةُ، والشُّرَطُ، وأعوانُ الظلمةِ كلابُ النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Polis-polis dan orang yang membantu kezaliman adalah anjing-anjing neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis no. 3427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((الجَلاوِزَةُ، والشُّرَطُ، وأعوانُ الظَّلَمَةِ كِلابُ النار)). [حل، ((الضعيفة))(3472)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru secara marfu’: “Polis-polis dan orang yang membantu kezaliman adalah anjing-anjing neraka.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3472]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman