TEKS BAHASA ARAB
طوبى: شجرة غرسها الله بيده، ونفخ فيها من روحه، تنبت بالحلي والحلل، وإن أغصانها لترى من وراء سور الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pokok Tuba: Pokok di syurga yang Allah tanam dengan tangan-Nya, Dia meniupkan roh-Nya ke dalamnya, ia tumbuh dengan barang kemas dan kain berbagai campuran padanya, ranting-rantingnya benar-benar boleh dilihat dari sebalik dinding syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis nombor 7495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاوية بن قرة، عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((طوبى: شجرة غرسها الله بيده، ونفخ فيها من روحه، تنبت بالحلي والحلل، وإن أغصانها لترى من وراء سور الجنة)). [ابن جرير،((الضعيفة)) (3830)]
(Palsu)
Daripada Mu’awiyah bin Qurrah daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pokok Tuba: Pokok di syurga yang Allah tanam dengan tangan-Nya, Dia meniupkan roh-Nya ke dalamnya, ia tumbuh dengan barang kemas dan kain berbagai campuran padanya, ranting-rantingnya benar-benar boleh dilihat dari sebalik dinding syurga.
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3830]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.