Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pohon kurma dan pokok ada keberkatan kepada penduduknya

Teks Bahasa Arab

النخلُ والشجرُ بركةٌ على أهلِهِ، وعلى عَقِبِهِم بعدَهم إذا كانوا للهِ شاكِرِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Pohon kurma dan pokok ada keberkatan kepada penduduknya (di sekitarnya) dan kepada keturunan mereka selepas mereka, sekiranya mereka bersyukur kepada Allah.

Sahabat Perawi

  1. al-Hasan bin ‘Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis no. 9460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن بن علي - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((النخل والشجر بركة على أهله، وعلى عقبهم بعدهم إذا كانوا لله شاكرین)). [طب، ((الضعيفة)) (4700)]

(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Pohon kurma dan pokok ada keberkatan kepada penduduknya (di sekitarnya) dan kepada keturunan mereka selepas mereka, sekiranya mereka bersyukur kepada Allah." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4700]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.