Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخاصرةُ عرقُ الكُليةِ، فإذا تحرَّكَ آذى صاحبَها فداوُهِ بالماءِ المحرِقِ والعسلِ.
Teks Bahasa Melayu
Pinggang itu urat kepada ginjal, maka jika ia bergerak ia akan menyebabkan kesakitan kepada tuannya, maka ubatilah ia dengan air panas dan madu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis no. 8663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((الخاصرة عرق الكلية، فإذا تحرك، آذى صاحبَها، فداوه بالماء المحرق والعسل.)) [عد، ((الضعيفة)) (1223)].
(Lemah) Daripada 'Aisyah RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Pinggang itu urat kepada ginjal, maka jika ia bergerak ia akan menyebabkan kesakitan kepada tuannya, maka ubatilah ia dengan air panas dan madu.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1223].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman