Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُم؛ فإن النساءَ تَلِدْنَ أشباهَ إخوانهُنَّ وأشباهَ أخواتهُنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Pilihlah tempat menanam air mani kamu, kerana sesungguhnya wanita akan melahirkan anak yang menyerupai saudara lelakinya atau menyerupai saudara wanitanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis no. 4813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: تخيروا لنطفكم؛ فإن النساء تلدن أشباه إخوانهن وأشباه أخواتهن. [عد، ابن عساكر، الضعيفة (3394)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pilihlah tempat menanam air mani kamu, kerana sesungguhnya wanita akan melahirkan anak yang menyerupai saudara lelakinya atau menyerupai saudara wanitanya. [Riwayat Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3394].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman