Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التَمِسُوا الجارَ قَبْلَ الدَّارِ والرَّفِيقَ قَبْلَ الطَّرِيقِ.
Teks Bahasa Melayu
Pilihlah jiran sebelum memilih rumah dan pilihlah teman sebelum memilih jalan.
Sahabat Perawi
- Rafi' bin Khudaij
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 20, hadis no. 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat sekumpulan perawi dha'if, antaranya 'Uthman al-Tara'eifi dan guru beliau Aban bin al-Muhabbar. Itulah punca sekumpulan ulama' menilai ma'lul hadith tersebut dan memasukkan 'Uthman dalam biografi perawi-perawi yang dha'if dan gurunya iaitu Aban bin Sa'id seorang yang tidak dikenali. Asal ucapan ini adalah daripada kalam hukama'. Dikatakan kepada Rabi'ah al-'Adawiyyah: "Apakah anda tidak meminta syurga kepada Allah?", beliau menjawab: "(Pilihlah) jiran sebelum rumah". Lalu perawi-perawi dha'if pun meriwayatkan secara marfu' kata-kata tersebut.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman