TEKS BAHASA ARAB
تخيروا لنطفكم ، وأنكحوا في الأكفاء ، وإياكم والزنج فإنه خلق مشوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pilihlah benih zuriatmu (pasanganmu), kahwinlah dengan yang sekufu dan hati-hatilah dengan orang berkulit hitam. Mereka diciptakan dengan rupa yang buruk.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: «تخيروا لنطفكم، وأنكحوا في الأكفاء وإياكم والزنج فإنه خلق مشوه» . [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (730)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, Nabi SAW bersabda: “Pilihlah benih zuriatmu (pasanganmu), kahwinlah dengan yang sekufu dan hati-hatilah dengan orang berkulit hitam. Mereka diciptakan dengan rupa yang buruk." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 730]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.