Sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تخيَّروا لنطفِكُم ، وأنكِحوا في الأَكْفاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Pilihlah benih zuriatmu (pasanganmu), kahwinlah dengan yang sekufu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786-1787, hadis no. 8993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعاً: «تخيروا لنطفكم، وأنكحوا في الأكفاء وإياكم والزنج فإنه خلق مشوه» . [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (730)]. أفاد الشيخ -رحمه الله- في التخريج أن للجملتين الأوليين شواهد لاتخلو أسانيدها من مقال وهي صحيحة بمجموع طرقها، وقد خرجها -رحمه الله- في ((الصحيحة)) (1067). (ش).
(Palsu) Daripada 'Aishah RA, Nabi SAW bersabda: “Pilihlah benih zuriatmu (pasanganmu), kahwinlah dengan yang sekufu dan hati-hatilah dengan orang berkulit hitam. Mereka diciptakan dengan rupa yang buruk." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 730] "Syeikh -semoga Allah rahmati beliau- memberi faedah pada takhrij hadis tersebut bahawa bagi dua ayat terawal itu terdapat shawahid (riwayat-riwayat penyokong) yang tidak sunyi sanad-sanadnya daripada kritikan dan ia sahih dengan himpunan jalur-jalur riwayatnya. Dan beliau telah mentakhrijnya -semoga Allah merahmati beliau- dalam Kitab Silsilah Sahihah, no. 1067". (Mashhur Al Salman)
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman