Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشرفتِ الملائكةُ على الدنيا فرأتْ بني آدمَ يعصونَ فقالوا : يا ربِّ ما أجهلَ هؤلاءِ ، ما أقلَّ معرفةَ هؤلاءِ بعظمتِكَ . فقال اللهُ تعالى : لو كنتم في مسلاخِهم لعصيتموني . قالوا : كيف يكونُ هذا ونحنُ نسبحُ بحمدِكَ ونقدسُ لكَ ؟ قال : فاختاروا منكم مَلَكَيْنِ . فاختاروا هاروتَ وماروتَ ثم أُهبطا إلى الدنيا ورُكِّبتْ فيهما شهواتُ بني آدمَ ومُثِّلَتْ لهما امرأةٌ فما عُصِمَا حتى وقعا في المعصيةِ ، فقال اللهُ عزَّ وجلَّ لهما : اختارا عذابَ الدنيا أو عذابَ الآخرةِ ؟ فنظرَ أحدُهما إلى صاحبِهِ فقال : ما تقولُ ؟ قال : أقولُ : إنَّ عذابَ الدنيا ينقطعُ وإنَّ عذابَ الآخرةِ لا ينقطعُ ، فاختارا عذابَ الدنيا ، فهما اللذانِ ذَكَرَهُمَا اللهُ عزَّ وجلَّ في كتابِه { وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ} [البقرة: 102].
Teks Bahasa Melayu
Para malaikat memantau dunia, lalu mereka melihat anak Adam sedang bermaksiat. Mereka pun berkata: Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka ini! Betapa sedikitnya pengetahuan mereka tentang keagunganMu! Allah pun berfirman: Jika kamu berada dalam situasi (kedudukan) mereka, nescaya kamu juga akan melakukan maksiat kepadaKu. Mereka bertanya: Bagaimana boleh berlaku sebegini, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikanMu?! Allah berfirman: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Dia berkata: Lalu mereka pun memilih Harut dan Marut. Kemudian mereka berdua turun ke dunia dan diletakkan pada mereka berdua syahwat anak Adam serta dijelmakan kepada mereka seorang perempuan. Mereka berdua tidak terpelihara sehinggalah mereka terjebak dalam maksiat. Allah 'azza wa jalla lalu berfirman kepada mereka berdua: Pilihlah antara azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka pun melihat kepada temannya yang lain lalu bertanya: Apakah pendapatmu? Dia menjawab: Aku berpendapat bahawa azab dunia akan terhenti manakala azab akhirat pula tidak akan terhenti. Maka mereka berdua memilih azab dunia. Maka mereka berdualah yang Allah 'azza wa jalla sebutkan dalam Kitab-Nya: {Dan apa yang diturunkan atas dua malaikat di Babil, iaitu Harut dan Marut} (Surah al-Baqarah, ayat 102).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1394, hadis no. 7077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم : أشرفت الملائكة على الدنيا، فرأت بني آدم يعصون، فقالوا: يا رب! ما أجهل هؤلاء! ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك! فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك، ونقدس لك؟! قال: فاختاروا منكم ملكين، قال: فاختاروا هاروت، وماروت، ثم أهبطا إلى الدنيا، وركبت فيهما شهوات بني آدم، ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى واقعا المعصية، فقال الله عز وجل لهما: فاختارا عذاب الدنيا، أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه، فقال: ما تقول؟ قال: أقول إن عذاب الدنيا ينقطع، وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه: {وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت}. [هب، ((الضعيفة)) (6656)]
(Munkar) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Para malaikat memantau dunia, lalu mereka melihat anak Adam sedang bermaksiat. Mereka pun berkata: Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka ini! Betapa sedikitnya pengetahuan mereka tentang keagunganMu! Allah pun berfirman: Jika kamu berada dalam situasi (kedudukan) mereka, nescaya kamu juga akan melakukan maksiat kepadaKu. Mereka bertanya: Bagaimana boleh berlaku sebegini, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikanMu?! Allah berfirman: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Dia berkata: Lalu mereka pun memilih Harut dan Marut. Kemudian mereka berdua turun ke dunia dan diletakkan pada mereka berdua syahwat anak Adam serta dijelmakan kepada mereka seorang perempuan. Mereka berdua tidak terpelihara sehinggalah mereka terjebak dalam maksiat. Allah 'azza wa jalla lalu berfirman kepada mereka berdua: Pilihlah antara azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka pun melihat kepada temannya yang lain lalu bertanya: Apakah pendapatmu? Dia menjawab: Aku berpendapat bahawa azab dunia akan terhenti manakala azab akhirat pula tidak akan terhenti. Maka mereka berdua memilih azab dunia. Maka mereka berdualah yang Allah 'azza wa jalla sebutkan dalam Kitab-Nya: {Dan apa yang diturunkan atas dua malaikat di Babil, iaitu Harut dan Marut} (Surah al-Baqarah, ayat 102). [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman