TEKS BAHASA ARAB
حديث: خيرة الله للعبد، خير من خيرته لنفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Pilihan Allah terhadap hamba-Nya lebih baik daripada pilhan hamba terhadap dirinya sendiri.
STATUS
Tidak Diketahui Asal Lafaznya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 78, hadis nombor 191. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
صحيح المعنى، ولم يعرف له أصل في هذا المبنى.
Maksudnya benar akan tetapi tidak diketahui asal bagi lafaznya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.