Pilihan Allah daripada bumi-Nya ialah Syam

TEKS BAHASA ARAB

صفوة الله من أرضه الشام، وفيها صفوته من خلقه وعباده وليدخلن الجنة من أمتى ثلة لا حساب عليهم ولا عذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pilihan Allah dari bumi-Nya ialah Syam. Di dalamnya terdapat makhluk-makhluk dan hamba-hamba pilihan-Nya. Pasti akan masuk syurga dalam kalangan umatku sekumpulan (manusia) tanpa hisab ke atas mereka dan tanpa azab.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 48, hadis nombor 254. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Baharu sahaja disebutkan pada huruf al-Shin bahawa ia batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs