Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَفْوَةُ الله مِنْ أرْضِهِ الشَّامُ وَفِيهِا صَفْوَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ وَعِبَادِهِ وَلَيَدْخُلَنْ الجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي ثلة لا حساب عَلَيْهِمْ وَلاَ عَذَابَ.
Teks Bahasa Melayu
Pilihan Allah dari bumi-Nya ialah Syam. Di dalamnya terdapat makhluk-makhluk dan hamba-hamba pilihan-Nya. Pasti akan masuk syurga dalam kalangan umatku sekumpulan (manusia) tanpa hisab ke atas mereka dan tanpa azab.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 48, hadis no. 254. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Baharu sahaja disebutkan pada huruf al-Shin bahawa ia batil.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman