Petua daripada Nabi SAW apabila mengalami sakit gigi

TEKS BAHASA ARAB

ضع إصبعك السبابة على ضرسك؛ ثم اقرأ: {أولم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة…} [يس: 77]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkan jari telunjukmu atas gigi gerahammu, kemudian bacalah: (Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih?) [Surah Yasin ayat 77].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis nombor 6487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل اشتكى ضرسه: ضع إصبعك السبابة على ضرسك؛ ثم اقرأ: {أولم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة…} [يس: ٧٧].
[فر، ((الضعيفة)) (3814)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW telah bersabda kepada orang yang mengadu gigi gerahamnya sakit: Letakkan jari telunjukmu atas gigi gerahammu, kemudian bacalah: (Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih?) [Surah Yasin ayat 77].
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3814]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs